Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Periksa Semula Premis Perjudian Pastikan Operasi Dihentikan

Diterbitkan: 06 Sep 2018 2.57 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Alor Setar, 6 Sept 2018 - Bagi memastikan usaha pihak polis membanteras kegiatan perjudian berjaya, pemeriksaan semula di premis yang terlibat akan terus dilaksanakan bagi memastikan aktiviti haram itu sudah dihentikan sepenuhnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-periksa-semula-premis-perjudian-pastikan-operasi-dihentikan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:53 MYT

Alor Setar, 6 Sept 2018 - Bagi memastikan usaha pihak polis membanteras kegiatan perjudian berjaya, pemeriksaan semula di premis yang terlibat akan terus dilaksanakan bagi memastikan aktiviti haram itu sudah dihentikan sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata sejak Januari lalu pihaknya telah memohon 27 waran geledah daripada mahkamah bagi membolehkan pihak polis membuat pemeriksaan terhadap premis perjudian yang telah dikenal pasti.

"Daripada 27 pemohonan, sebanyak 12 waran geledah telah diluluskan dan ia bagi membolehkan polis memeriksa semula premis judi yang dipercayai masih aktif menjalankan kegiatan itu walaupun pernah diserbu sebelum ini.

Berdasarkan keseluruhan pemeriksaan terhadap premis berkenaan, kami mendapati sebahagian besar pusat perjudian yang pernah diserbu sebelum ini sudah tidak beroperasi memandangkan ia sudah dikosongkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di premis perjudian di Taman Saga di sini, hari ini.

Beliau berkata ini merupakan usaha berterusan pihak polis bagi memastikan operasi perjudian di daerah itu ditutup sepenuhnya.

"Setakat serbuan semula yang dijalankan, tiada peralatan perjudian yang ditemui namun sekiranya ada ia akan dirampas dan sebab itu kita akan terus memohon waran geledah terhadap premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian.

Saya juga harap masyarakat setempat dapat terus membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti ini," katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 Sep 2018 2.57 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM