Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Percaya Selesai Kes Curi Motosikal

Diterbitkan: 03 Feb 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes curi motosikal yang dilaporkan berlaku di sekitar Miri sejak beberapa bulan lalu dengan penangkapan seorang penganggur petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-percaya-selesai-kes-curi-motosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:09 MYT

Miri: Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes curi motosikal yang dilaporkan berlaku di sekitar Miri sejak beberapa bulan lalu dengan penangkapan seorang penganggur petang semalam.

Suspek berusia 20 tahun diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) Miri sekitar jam 2.30 petang semalam di Terminal Bas Pujut Corner di sini.

Dalam kes terbaharu,suspek dipercayai terlibat dalam kes curi sebuah motosikal dilaporkan hilang di sebuah Kompleks beli-belah Bintang Jaya Comercial Centre semalam.

Berikutan tangkapan itu, suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber: Borneo Post Online

Polis Percaya Selesai Kes Curi Motosikal

ArtikelDiterbitkan 03 Feb 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM