Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Perak Tahan Tiga Individu Dipercayai Anggota Kongsi Ge

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Ipoh, 14 Sept - Polis Perak menahan tiga individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ketika serbuan dalam Op Cantas Khas di Taman Harmoni, Buntong di sini malam tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-perak-tahan-tiga-individu-dipercayai-anggota-kongsi-ge
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:27 MYT

Ipoh, 14 Sept - Polis Perak menahan tiga individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ketika serbuan dalam Op Cantas Khas di Taman Harmoni, Buntong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata operasi selama empat jam bermula pukul 9 malam itu hasil risikan polis serta permintaan penduduk di sekitar kawasan itu.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti kumpulan kongsi gelap yang disertai mereka.

Sum berkata dalam operasi itu polis memeriksa 223 individu serta 45 buah kenderaan dan daripada jumlah itu lapan orang dibawa ke balai polis untuk dokumentasi.

"Lapan lelaki ini mempunyai tatoo di badan serta memiliki senjata dan dalam senarai dikehendaki polis," katanya.

Ops Cantas itu melibatkan 192 pegawai dan anggota polis terdiri daripada Pasukan Gerakan Am, Jabatan Siasatan Jenayah serta anggota trafik. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM