Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Perak Agresif Pantau Banteras Kegiatan Perjudian

Diterbitkan: 13 Jun 2014 4.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
E-Aduan Laman Web PDRM Perak di http://Polisperak.rmp.gov.my/polisperak/index.html Rakan Cop dengan smskan maklumat kepada 32728. Hotline IPK Perak 05-2401999...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-perak-agresif-pantau-banteras-kegiatan-perjudian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:43 MYT

Perak - 3 Mei 2010. Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak mengucapkan terima kasih kepada akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan maklumat daripada penulis bernama Asri, di ruangan Forum Sabtu 10 April 2010 yang memberi maklumat Mesin Judi di Taiping.

Menurut ASP Idrus bin Hanapiah, Pegawai Hal Ehwal Awam IPK Perak, pihak polis telah menjalankan siasatan berkaitan perkara tersebut. Hasil siasatan seperti berikut:

  • Sepanjang tahun 2009 Ibu Pejabat Polis Taiping telah membuat 94 kali serbuan di premis yang disyaki dengan tangkapan seramai 39 orang dan 352 unit komputer dirampas.
  • Bagi tempoh tahun 2010 sehingga sekarang sebanyak 57 serbuan dibuat dengan tangkapan seramai 37 orang. Rampasan mesin perjudian sebanyak 422 unit.
  • Bagi kawasan pentadbiran Balai Polis Simpang pula, sepanjang tahun 2009 hingga April 2010 terdapat 20 serbuan dibuat dengan lapan tangkapan. Rampasan sebanyak 81 mesin yang berunsur perjudian.

    PDRM Kontinjen Perak sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang agresif dalam membanteras kegiatan perjudian ini dari semasa ke semasa secara berterusan bagi membendung gejala sosial di kalangan masyarakat daerah Taiping khasnya, dan negeri Perak amnya.

    PDRM Kontinjen Perak amat mengalu-alukan sebarang komen, pendapat dan maklumat daripada orang awam. Kepada Asri, bolehlah menyalurkan sebarang komen, pendapat dan maklumat terus kepada PDRM Kontinjen Perak melalui:

  • PDRM bersama pelanggan yang diadakan di Pasaraya Uda Mall, Greentown, Ipoh setiap hari Selasa dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
  • Semasa siaran polis dan anda di Perak FM setiap hari Khamis minggu pertama jam 8.15 pagi hingga 8.30 pagi.
  • E-Aduan Laman Web PDRM Perak di http://Polisperak.rmp.gov.my/polisperak/index.html Rakan Cop dengan smskan maklumat kepada 32728. Hotline IPK Perak 05-2401999.
  • ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 4.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM