Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Patahkan Sindiket Antarabangsa Terbesar Klon Kad Atm

Published: 19 Jun 2014 1.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SHAH ALAM, 19 Februari – Penyalahgunaan kepintaran dan kecanggihan teknologi, dua lelaki warganegara asing akhirnya berjaya dicekup oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK),..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-patahkan-sindiket-antarabangsa-terbesar-klon-kad-atm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:49 MYT

SHAH ALAM, 19 Februari – Penyalahgunaan kepintaran dan kecanggihan teknologi, dua lelaki warganegara asing akhirnya berjaya dicekup oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 17 Februari 2014 di Taman Cempaka, Ampang, Selangor.

Hasil daripada maklumat orang awam, pihak polis telah membuat serbuan berjaya menahan (2) lelaki warganegara Sri Lanka berusia lingkungan 28 hingga 38 tahun. Turut merampas lebih kurang 2, 217 keping kad ATM pelbagai jenis yang disyaki palsu, 58 kotak keselamatan, mesin pencetak, telefon bimbit serta komputer riba.

Dengan tertangkapnya suspek tersebut, pihak polis percaya telah berjaya menghalang satu cubaan sindiket antarabangsa yang mana Modus Operandinya adalah menggunakan kad ATM yang disyaki palsu untuk mengeluarkan wang milik akaun luar Negara daripada mesin ATM bank-bank tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek direman selama empat hari mulai hari 18.02.2014.

Polis Patahkan Sindiket Antarabangsa Terbesar Klon Kad Atm
Polis Patahkan Sindiket Antarabangsa Terbesar Klon Kad Atm
Polis Patahkan Sindiket Antarabangsa Terbesar Klon Kad Atm

Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM