Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Pahang Berjaya Berkas Semula Tahanan Lolos

Diterbitkan: 17 Jun 2014 4.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Pahang hari ini berjaya memberkas semula tahanan yang meloloskan diri ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kuantan pada Khamis lepas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pahang-berjaya-berkas-semula-tahanan-lolos
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:45 MYT
KUANTAN, 3 Jun (Bernama) -- Polis Pahang hari ini berjaya memberkas semula tahanan yang meloloskan diri ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kuantan pada Khamis lepas.

Ketua Polis Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata tahanan itu ditangkap di sebuah rumah di kawasan perumahan di Balok dekat sini pada kira-kira 4.30 petang.

"Ketika ditangkap, tahanan dalam keadaan sihat dan memberikan kerjasama pada pihak polis serta tidak melawan. Dia turut mengatakan tindakan meloloskan diri dilakukan sebab terlampau rindu pada keluarganya," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini.

Sharifuddin berkata tahanan itu bakal berdepan tuduhan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu meloloskan diri daripada tahanan yang sah.

Dalam kejadian 1.30 petang Khamis lepas, Muhammad Juli Hadi, 24, yang beralamat di Kampung Jaya Baru, Bukit Bading, Ajil, Terengganu bertindak melompat dari trak polis dan melarikan diri ketika dia dan 10 lagi dibawa keluar daripada kompleks mahkamah berkenaan.

Kejadian berlaku ketika polis dalam proses membawa tahanan terbabit ke Penjara Penor.

Lelaki itu didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan selepas ditangkap pada 20 Mac lepas atas kesalahan menyamun, namun dia mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 11 dan 12 Julai ini.

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 4.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM