Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Pahang Anjur Fun Ride Oktober Ini

Diterbitkan: 29 Sep 2018 11.00 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
KUANTAN 29 Sept. - Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) negeri mempelawa penyertaan orang ramai sempena penganjuran Fun Run/ Ride 2018 di Temerloh dekat sini pada 13 Oktober ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pahang-anjur-fun-ride-oktober-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

KUANTAN 29 Sept. - Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) negeri mempelawa penyertaan orang ramai sempena penganjuran Fun Run/ Ride 2018 di Temerloh dekat sini pada 13 Oktober ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Abdul Rahman berkata, acara larian sejauh lima kilometer dan berbasikal 30 kilometer itu dijadualkan bermula di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dengan menyasarkan seramai 3,000 penyertaan dari seluruh negara.

"Program kerjasama JPJKK dan Adham Bike Centre ini bukan sahaja program yang baik untuk kesihatan namun bertujuan mempromosikan Re-Visit Pahang 2018 terutama produk pelancongan di sekitar Temerloh.

"Saya berharap orang ramai terutama kelab-kelab seluruh kontijen menyertaan acara ini. Selain merapatkan silaturahim, ia juga selaras dengan 'tagline' pasukan iaitu Polis dan Masyarakat: Berpisah tiada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fun Run/Ride 2018 di Taman Kerang di sini hari ini.

Beliau bersama kira-kira 100 peserta turut menyertai acara kayuhan berbasikal sejauh 12 kilometer dari Taman Kerang ke Pantai Kempadang di sini.

Bacaan lanjut di http://m.utusan.com.my/…/polis-pahang-anjur-fun-run-ride-20…

ArtikelDiterbitkan 29 Sep 2018 11.00 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM