Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Pantau Dron

Diterbitkan: 29 Sep 2018 12.20 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemantauan rapi terhadap larangan penggunaan dron sepanjang proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pantau-dron
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:42 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemantauan rapi terhadap larangan penggunaan dron sepanjang proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), hari ini.

Tinjauan Harian Metro mendapati anggota dan pegawai polis dilengkapi senjata Orion-7 MP untuk menembak dron berkawal di sekitar kawasan MPPD.

Kelengkapan itu dikendalikan Asisten Superintendan Wee Beng Chuat dan dibantu Inspektor Mohd Ahya Abd Hadi serta Koperal Adreen Abdullah.

Mereka bertanggungjawab untuk bertindak jika mengesan penggunaan dron di kawasan bekenaan.

Mohd Ahya berkata, senjata itu berupaya menembak dron jarak maksimum efektif sejauh dua kilometer.

“Arahan sudah diberi dan kami bersedia jika ada yang ingkar. Ia dilakukan demi keselamatan orang ramai. Alat ini turut digunakan di PRK Seri Setia lalu,” katanya.

Bacaan lanjut di https://www.hmetro.com.my/…/polis-pantau-dron-pada-penamaan…

ArtikelDiterbitkan 29 Sep 2018 12.20 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM