Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis P Pinang Tumpaskan Sindiket Kad Kredit Palsu

Published: 16 Jun 2014 2.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa yang bernilai RM3.16 juta setelah menahan 10 orang, termasuk seorang wanita di sebuah hotel di Persiaran Gurney d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-p-pinang-tumpaskan-sindiket-kad-kredit-palsu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:30 MYT
GEORGE TOWN, 15 Dis 2010 -- Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa yang bernilai RM3.16 juta setelah menahan 10 orang, termasuk seorang wanita di sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis menyerbu dua bilik hotel dan menahan sembilan lelaki tempatan bersama seorang wanita Vietnam.


"Ketika ditahan, kesemua anggota sindiket yang berusia antara 21 dan 51 tahun itu dipercayai sedang merancang operasi kegiatan haram mereka," katanya kepada pemberita di sini Rabu.


Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas 171 keping kad kredit palsu dan empat keping pasport Hong Kong dan sekeping pasport Singapura.


"Modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan memalsukan kad kredit dan berbelanja di luar negara terutama di Thailand dan Singapura sebelum menjual barangan yang dibeli dengan harga murah kepada orang ramai," katanya.


Ayub berkata siasatan awal mendapati sindiket itu aktif menjalankan kegiatan memalsukan kad kredit sejak dua tahun lepas.


Katanya kesemua mereka kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420 dan 424 Kanun Keseksaan.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM