Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis P Pinang Tumpas Sindiket Penipuan Pelaburan Tahan Lim

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.20 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
George Town, 20 Sept - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang menawarkan skim pelaburan dan perniagaan palsu membabitkan kerugian RM7.3 juta apabila menahan lima individu di sebuah pangsapuri d..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-p-pinang-tumpas-sindiket-penipuan-pelaburan-tahan-lim
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:05 MYT

George Town, 20 Sept - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang menawarkan skim pelaburan dan perniagaan palsu membabitkan kerugian RM7.3 juta apabila menahan lima individu di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth dekat sini Rabu lepas.

Sindiket yang beroperasi sejak 2008 itu dikatakan mengumpan mangsa dengan mendakwa mereka mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Johor dan menyamar sebagai Datuk Seri dan Datin Seri yang diperoleh dari negeri itu.

Mereka juga menyamar sebagai pegawai bank, peguam dan mengaku memiliki pelbagai projek perumahan termasuk dana luar negara bernilai RM6.9 bilion dari Australia, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata lima individu yang ditahan dalam serbuan pada 10.20 malam itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 24 dan 49 tahun serta dua wanita Indonesia berusia 24 dan 42 tahun.

Kedua-dua wanita Indonesia itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata polis turut merampas wang tunai sebanyak RM361,000, cek bank, pelbagai buku akaun dan empat kotak barang kemas bernilai RM200,000.

Beliau berkata ketika serbuan, terdapat seorang bayi lelaki berusia dua bulan di rumah berkenaan.

Bayi yang dipercayai anak pasangan suami isteri yang ditahan itu akan dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak selepas Perintah Perlindungan sementara (IPO) diperoleh, katanya.

"Modus operandi yang digunakan ialah mereka akan menabur janji manis dan menawarkan skim pelaburan dan peluang perniagaan yang tidak wujud," katanya.

Abdul Rahim berkata sekurang-kurangnya 13 individu telah terpedaya dengan janji manis yang ditabur sindiket terbabit dan polis percaya ramai lagi yang menjadi mangsa sindiket penipuan itu.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa penipuan supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan kes itu.

Polis turut mengingatkan orang awam agar menyelidik dengan teliti sebelum bersetuju menjadi pelabur atau rakan kongsi dan tidak mudah memberi maklumat peribadi dan barang berharga kepada individu yang baru dikenali.

Abdul Rahim berkata kesemua suspek direman sehingga 24 Sept.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.20 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM