Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Negeri Sembilan Tumpas Geng Pecah Rumah Samun

Diterbitkan: 14 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Negeri Sembilan menumpaskan kegiatan pecah rumah dan samun di sekitar Seremban, Nilai dan Rembau setelah menahan sekumpulan empat lelaki geng 'Bob Dragon' minggu lepas. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata kesemua lelaki tempatan yang berusia antara 18 dan 30 tahun itu diberkas di sekitar Rembau dan Seremban sejak Isnin hingga Jumaat lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-negeri-sembilan-tumpas-geng-pecah-rumah-samun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:41 MYT

Seremban, 14 Sept - Polis Negeri Sembilan menumpaskan kegiatan pecah rumah dan samun di sekitar Seremban, Nilai dan Rembau setelah menahan sekumpulan empat lelaki geng 'Bob Dragon' minggu lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata kesemua lelaki tempatan yang berusia antara 18 dan 30 tahun itu diberkas di sekitar Rembau dan Seremban sejak Isnin hingga Jumaat lepas.

"Hasil soal siasat, pihak polis turut menahan empat lagi lelaki (tempatan) berumur 20 hingga 40 tahun di sekitar Seremban kerana disyaki membeli barang curi daripada geng 'Bob Dragon," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Nor Azman Mohammad Yusof.

Katanya hasil semakan mendapati geng 'Bob Dragon' terlibat dalam dua kes samun, lima kes pecah rumah dan dua kes curi kenderaan.

Jaafar berkata siasatan awal mendapati geng Bob Dragon itu turut menggunakan parang dan juga pistol tiruan semasa melakukan samun.

"Polis merampas sebuah kereta Proton Saga yang bersangkutan dengan laporan kes di Johor dan satu rangka sebuah motosikal yang bersangkutan dengan kes di Seremban serta barangan lain termasuk tiga pucuk pistol tiruan, selaras sniper dan selaras rifel tiruan, satu kotak peluru dan tiga bilah parang.

"Polis juga merampas barangan lain seperti satu binokular jenama Leda, 49 botol perisa vape dan satu komputer riba.

Katanya kesemua barangan itu dianggarkan bernilai RM15,000 dan pihak kamijuga mendapati senjata api tiruan itu dicuri daripada rumah yang mereka pecah masuk.

Kumpulan ini bergiat aktif dalam pecah rumah dan samun pada awal tahun ini, katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 14 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM