Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Negeri Sembilan Tahan 8 Gro Asing

Diterbitkan: 16 Jun 2014 2.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
SEREMBAN, 17 Sept (Bernama) -- Lapan wanita warga asing yang dipercayai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Ko-Op, Jalan Sungai Ujong di sin..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-negeri-sembilan-tahan-8-gro-asing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:20 MYT
SEREMBAN, 17 September 2010 -- Lapan wanita warga asing yang dipercayai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Ko-Op, Jalan Sungai Ujong di sini, petang Khamis.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri ASP Habibi Majinji berkata mereka yang berusia antara 30 dan 45 tahun itu terdiri daripada tujuh warga China dan seorang warga Vietnam.

"Mereka ditahan kerana tidak memiliki permit kerja," katanya di sini, pada Jumaat.

Katanya turut ditahan dalam operasi bermula pukul 5.45 petang itu seorang lelaki berusia 68 tahun yang merupakan penjaga pusat hiburan berkenaan.

Operasi dua jam itu membabitkan seorang pegawai dan tujuh anggota D7 IKP negeri, katanya.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 2.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM