Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Negeri Sembilan Cantas Geng 36 Di Negeri Tersebut

Published: 10 Apr 2018 8.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tiga puluh empat ahli kongsi gelap Geng 36 yang terbabit dengan pelbagai jenayah di negeri itu ditahan polis dan menyita pelbagai aset bernilai RM1.1 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-negeri-sembilan-cantas-geng-36-di-negeri-tersebut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:52 MYT
Tiga puluh empat ahli kongsi gelap Geng 36 yang terbabit dengan pelbagai jenayah di negeri itu ditahan polis dan menyita pelbagai aset bernilai RM1.1 juta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, semua suspek itu dipercayai terbabit dalam kes bunuh, pemerasan, mendatangkan kecederaan, khianat dengan api dan pengedaran dadah sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri dengan dibantu JSJ Bukit Aman melancarkan Op Khas Hoben 1/2018 dan menyasarkan tangkapan terhadap ahli kongsi gelap tcrbabit mulai 29 Mac lalu sehingga semalam.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

Polis Negeri Sembilan Cantas Geng 36 Di Negeri Tersebut
ArticlePublished 10 Apr 2018 8.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM