Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Nafi Tular Pengganas Suntik Virus Hiv

Diterbitkan: 18 Dec 2017 12.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 18 Dis 2017 - Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menafikan ibu pejabat polis Bukit Aman ada mengeluarkan amaran tentang perbuatan pengganas Daesh menyuntik virus HIV ke badan orang ramai.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-nafi-tular-pengganas-suntik-virus-hiv
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:27 MYT


Kuala Lumpur, 18 Dis 2017 - Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menafikan ibu pejabat polis Bukit Aman ada mengeluarkan amaran tentang perbuatan pengganas Daesh menyuntik virus HIV ke badan orang ramai.

Ia kononnya dilakukan dengan mereka menyamar wakil dari kolej perubatan yang melakukan ujian gula dalam darah secara percuma.

“Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan mesej sedemikian. Saya harap orang ramai tidak percaya dengan mesej itu,” kata Noor Rashid ketika dihubungi semalam berhubung mesej yang tular di laman sosial seperti WhatsApp itu.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai supaya berhati-hati sekiranya dikunjungi individu tidak dikenali ketika berada di rumah bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah samun, penipuan dan sebagainya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Dec 2017 12.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM