Polis Nafi Lelaki Diperkosa Di Taman Tasik Shah Alam
Ketua Polis Daerah, ACP Azisman Alias menafikan pihaknya menerima laporan oleh mana-mana individu berkaitan kejadian melibatkan lelaki diperkosa oleh golongan homoseksual di Taman Tasik Shah Alam, baru-baru ini.
Semalam, seorang individu dalam laman sosial telah berkongsi maklumat daripada kenalannya yang kononnya merupakan seorang anggota polis meminta kaum lelaki berwaspada dengan beberapa kejadian lelaki dirogol ketikasedang berjoging di waktu malam oleh golongan homoseksual yang berbadan sasa di taman tasik itu.
Dakwanya, telah berlaku enam kes dan pakaian mangsa dikoyakkan serta terdapat kesan gigitan cinta di leher mangsa. Ini telah menyebabkan ramai di kalangan pengguna laman sosial bcrkongsi status tersebut sehingga menyebabkannya menjadi viral di Facebook.
Sumber: Sinar Harian