Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Nafi Kes Culik Fi Tesco Shah Alam

Published: 16 Jun 2016 2.18 AM Updated: 15 Aug 2026 7.25 PM
Polis nafi kes culik di Tesco Shah Alam yang tersebar melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-nafi-kes-culik-fi-tesco-shah-alam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:17 MYT
Polis Nafi Kes Culik Fi Tesco Shah AlamPolis nafi kes culik di Tesco Shah Alam yang tersebar melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam video berdurasi 15 saat, mangsa dikenali sebagai Evelyn diculik oleh beberapa individu tidak dikenali ketika sedang berjalan bersama ibunya. 

Polis menafikan berlakunya kes penculikan seorang kanak-kanak di pusat beli-belah Tesco, dekat sini, yang menjadi viral sejak beberapa hari lain Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya memandang serius terhadap individu yang menyebarkan berita palsu itu. 

"Saya ingin tegaskan bahawa tidak ada kes ini berlaku di sini. "Ini adalah tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak benar dan mengikut tanggapan, andaian dan rekaan sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya usah menyebarkan cerita yang tidak sah kerana ianya boleh menyebabkan kegusaran masyarakat.

Katanya, kes itu merujuk kes sebenar yang berlaku di Indonesia. 

Sumber : Sinar Harian
ArticlePublished 16 Jun 2016 2.18 AMUpdated 15 Aug 2026 7.25 PM