Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Nafi Berlaku Cubaan Menculik Kanak Kanak Guna Van Putih Di Kedah

Published: 17 Aug 2015 8.05 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Kedah menafikan dakwaan berlakunya cubaan menculik kanak-kanak menggunakan van putih di Taman Mahsuri, Jitra sehingga menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-nafi-berlaku-cubaan-menculik-kanak-kanak-guna-van-putih-di-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:51 MYT

Polis Kedah menafikan dakwaan berlakunya cubaan menculik kanak-kanak menggunakan van putih di Taman Mahsuri, Jitra sehingga menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Dato' Zamri Yahya berkata, tiada sebarang laporan polis yang diterima oleh pihaknya bersangkut kes tersebut dan ia mungkin dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan menakutkan orang ramai.

Pihak polis turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang suka membuat dan menyebarkan berita palsu sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Sumber: Berita Harian

Polis Nafi Berlaku Cubaan Menculik Kanak Kanak Guna Van Putih Di Kedah
ArticlePublished 17 Aug 2015 8.05 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM