Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Minta Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi Berhubung Kehilangan Bayi Di Melaka

Diterbitkan: 25 Nov 2015 9.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 25 Nov- Polis Melaka meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kehilangan seorang bayi berusia 12 hari dipercayai diculik di Kota Laksamana di sini petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-minta-orang-ramai-tidak-buat-spekulasi-berhubung-kehilangan-bayi-di-melaka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 16:17 MYT

Melaka, 25 Nov- Polis Melaka meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kehilangan seorang bayi berusia 12 hari dipercayai diculik di Kota Laksamana di sini petang semalam.

Ketua Polis Melaka Dato' Chua Ghee Lye berkata polis kini sedang mengambil langkah terbaik bagi menyelesaikan kes kehilangan bayi tersebut.

"Buat masa ini polis tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat sama ada membabitkan rundingan ataupun wang tebusan kerana ia membabitkan keselamatan serta nyawa bayi tersebut.

"Orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan jangan terlalu mudah untuk berkongsi maklumat yang tidak sahih di media sosial sehingga boleh mengundang suasana cemas selain membahayakan nyawa bayi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kehilangan bayi itu disedari anggota keluarganya pada pukul 6.30 petang apabila mendapati bayi tersebut tiada di ruang tamu rumah neneknya, dan semasa kejadian ibu bayi itu sedang berehat di dalam bilik, manakala pembantu rumahnya sedang memasak di dapur.

Bayi berkenaan bersama ibunya yang tinggal di Kuala Lumpur, dikatakan baru beberapa hari tiba di rumah tersebut.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 Nov 2015 9.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM