Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Minta Bantuan Kenal Pasti Mangsa

Diterbitkan: 05 Sep 2016 3.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengonal pasti identiti mayat seorang lelaki berusia 20-an yang ditemui di Sungai Klang berhampiran Kampung Kuala Sungai Baru, Batu 13, Puchong pada 13 Ogos lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-minta-bantuan-kenal-pasti-mangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:17 MYT
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengonal pasti identiti mayat seorang lelaki berusia 20-an yang ditemui di Sungai Klang berhampiran Kampung Kuala Sungai Baru, Batu 13, Puchong pada 13 Ogos lalu. 

Penemuan mayat berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh berdasarkan keadaan fizikal mangsa dengan tangan dan kaki serta leher terikat ketika ditemui.

Sehingga kini mayat berkenaan masih belum dapat dikenal pasti identitinya dan pihak polis menemui beberapa helai baju yang dipercayai milik mangsa sebagai maklumat tambahan. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Norazmi di talian 019-812 8911 bagi membantu siasatan. 

Sumber: Harian MetroPolis Minta Bantuan Kenal Pasti Mangsa
ArtikelDiterbitkan 05 Sep 2016 3.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM