Polis Melaka Tamatkan Tebusan Keluarga
Seorang lelaki berang kerana mendakwa isteri dan ibunya menyihir dirinya lalu menjadikan kedua-dua wanita itu dan tiga anak perempuannya sebagai tebusan dengan mengurung kesemua mereka dalam rumahnya di Duyong Indah, Melaka.
Ketua Polis Negeri, Dato' Chuah Ghee Lye berkata, sepanjang tujuh jam dikurung sebelum berjaya ditahan, suspek telah gagal dipujuk lalu bertengkar dengan isterinya sebelum menyepak dan memukul isteri berkali-kali.
Pelbagai rundingan telah dilakukan oleh pihak polis dengan suspek yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Shahrizan Che Md Din yang pada mulanya hampir berjaya tetapi gagal di saat akhir dek kerana rakan suspek yang menghantar suspek kononnya pihak polis akan menembaknya dengan pistol elektrik.
Akibat daripada sms tersebut, suspek sekali lagi naik gila dan membatalkan niat untuk menyerah diri dan tidak mahu meneruskan rundingan lagi. Polis akan mengesan siapakah dalang yang menghantar sms kepada suspek pada malam kejadian tersebut.
Sumber: Harian Metro