Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Melaka Tahan Dua Lelaki Menyamar Polis Samun Warga Asing

Diterbitkan: 20 Apr 2016 4.16 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
Jasin, 20 April 20160 - Polis Melaka menahan dua lelaki tempatan dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan menyamun warga asing di sekitar negeri ini, kata Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-melaka-tahan-dua-lelaki-menyamar-polis-samun-warga-asing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:47 MYT
Jasin, 20 April 20160 - Polis Melaka menahan dua lelaki tempatan dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan menyamun warga asing di sekitar negeri ini, kata Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din.

Beliau berkata lelaki berusia 28 dan 32 tahun itu ditahan ketika cuba menyamun seorang lelaki warga Bangladesh di kawasan berhampiran Balai Polis Malim kira-kira 5.30 petang pada Sabtu lepas. 

"Anggota peronda melihat kedua-dua suspek tersebut sedang memeriksa warga
Bangladesh berkenaan sebelum berhenti untuk bertanya apa berlaku. Kedua-dua suspek tersebut panik dan melarikan diri bersama beg milik mangsa mengandungi
telefon bimbit dan wang tunai RM110," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya anggota polis berkenaan mengejar mereka yang menaiki sebuah motosikal sebelum kedua-duanya berjaya ditahan tidak jauh dari tempat kejadian dan hasil sisatan awal mendapati lelaki berusia 28 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata kedua-dua lelaki berkenaan mengaku terlibat dalam 10 kes menyamar sebagai polis serta menyamun warga asing di sekitar Malim dan Batu Berendam.

"Suspek juga menggunakan pisau atau parang untuk menyamun mangsa mereka yang
rata-ranya terdiri daripada pekerja kilang warga Nepal, Vietnam dan Bangladesh," katanya.

Ramli berkata kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota polis dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2016 4.16 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM