Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Melaka Tahan 14 Lelaki Disyaki Terlibat Judi Piala Du

Published: 13 Jun 2014 7.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian haram bola sepak Piala Dunia di Melaka dalam beberapa serbuan di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin sejak 11 Jun lepas..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-melaka-tahan-14-lelaki-disyaki-terlibat-judi-piala-du
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:36 MYT

MELAKA, 21 Jun 2010 -- Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian haram bola sepak Piala Dunia di Melaka dalam beberapa serbuan di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin sejak 11 Jun lepas.

Ketua Polis Melaka, SAC 1 Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata siasatan awam mendapati kebanyakan mereka menerima pertaruhan antara RM500 dan RM20,000 dari setiap penjudi.

Beliau berkata semua mereka yang berumur antara 15 dan 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda minima RM20,000 dan maksimum RM200,000, atau kedua-dua sekali.

Bercakap kepada pemberita di Ibupejabat Kontinjen di Bukit Beruang di sini pada Isnin beliau berkata antara yang dirampas dalam serbuan itu ialah satu komputer meja, enam komputer riba, lapan telefon bimbit, satu pencetak, satu modem komputer, satu buku catitan pertaruhan, satu telefon talian tetap dan wang tunai RM4,000.

Sementara itu Mohd Rodwan berkata pihaknya percaya 30 kes samun, curi, dan ragut di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor sejak beberapa bulan lepas berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya lapan lelaki dan seorang wanita dipercayai anggota kumpulan penjenayah 'Geng Tony' dalam beberapa operasi sejak 9 Jun lepas.

Beliau berkata semua suspek berumur antara 20 dan 52 tahun, dan antara yang turut dirampas dalam serbuan itu ialah sepucuk pistol automatik, kelopak peluru, 10 peluru hidup, sebuah kereta Hyundai Atos dan sebuah skuter V100, sebilah pedang samurai, lima telefon bimbit, peralatan menghisap dadah, satu ketul emas yang dilebur dan seutas jam tangan Rolex.

ArticlePublished 13 Jun 2014 7.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM