Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Melaka Sasar Tambahan 700 Anggota Sukarelawan Simpanan Pdrm Tahun Ini

Diterbitkan: 02 Sep 2014 4.25 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Melaka menyasarkan pertambahan 700 anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) pada tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-melaka-sasar-tambahan-700-anggota-sukarelawan-simpanan-pdrm-tahun-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:10 MYT
Melaka, 2 Sept - Polis Melaka menyasarkan pertambahan 700 anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) pada tahun ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Goh Kim Hua berkata pertambahan anggota sukarelawan tersebut sebagai langkah mempergiatkan lagi operasi polis dalam membanteras kegiatan jenayah di negeri ini.

"Mereka ini juga memainkan peranan penting dalam menarik masyarakat untuk bersama-sama polis menangani jenayah," katanya kepada pemberita selepas temu duga pengambilan anggota bagi jawatan konstabel sukarelawan lelaki dan wanita di IPK Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Katanya pada masa ini, kontinjen Melaka mempunyai 428 anggota SSPDRM meliputi 256 sukarelawan lelaki dan 172 wanita.

Dalam pada itu, Goh mempelawa orang ramai yang berminat menyertai SSPDRM supaya hadir di IPK Melaka bagi mengikuti temu duga berkenaan yang diadakan selama lima hari bermula hari ini.

Beliau berkata calon mestilah memenuhi syarat kelayakan antaranya berumur 18 hingga 45 tahun, lulus Sijil Rendah Pelajaran atau Penilaian Menengah Rendah, bersih daripada rekod jenayah dan sihat tubuh badan.

Katanya antara kelayakan fizikal yang perlu dipenuhi ialah tinggi minimum 162 sentimeter bagi lelaki dan 152sm bagi wanita, berat badan minimum 50kilogram bagi lelaki dan 48kg untuk wanita.

"Mereka yang berminat boleh menghadiri temu duga bermula 8 pagi dengan memakai kemeja lengan panjang dan seluar panjang slek bagi lelaki manakala bagi wanita mestilah berpakaian kemas dan bersesuaian," katanya. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 02 Sep 2014 4.25 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM