Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Melaka Nafi Berita Penculikan Pelajar Sekolah Di Melaka

Published: 27 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Kamaluddin Kassim, berkata tiada sebarang laporan dibuat berhubung kejadian itu setakat ini, dan penyebaran berita palsu berkenaan mungkin dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-melaka-nafi-berita-penculikan-pelajar-sekolah-di-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT

Melaka, 27 Ogos - Polis Melaka menafikan berita kononnya berlaku kes culik membabitkan pelajar sekolah di sekitar negeri ini yang menjadi viral di laman media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Kamaluddin Kassim, berkata tiada sebarang laporan dibuat berhubung kejadian itu setakat ini, dan penyebaran berita palsu berkenaan mungkin dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan orang ramai.

"Gambar yang diviralkan bermula tengah hari semalam itu adalah gambar suspek kes pecah rumah serta curi motosikal pada tahun lalu dan individu itu juga sudah didakwa di mahkamah, " katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Kejadian itu didakwa berlaku di Ayer Keroh, di sini dan Lendu, Alor Gajah berdasarkan penyebaran maklumat berserta gambar beberapa lelaki yang ditahan polis secara berasingan melalui laman sosial Facebook dan whatsApp.

Menurut Kamaluddin, motif perbuatan itu ialah untuk mewujudkan suasana tidak tenteram serta takut dan sehingga kini tiada satu balai polis di Melaka yang menerima laporan mengenai kes penculikan berkenaan.

Katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan perbuatan itu kerana melanggar undang-undang mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - BERNAMA

ArticlePublished 27 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM