Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tingkat Kerjasama Dengan Apmm Kawal Perairan Negara

Published: 12 Aug 2015 9.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tumpat, 12 Ogos- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga akan mempertingkatkan kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam usaha memperhebatkan lagi kawalan perairan negara di Laut China Selatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tingkat-kerjasama-dengan-apmm-kawal-perairan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:01 MYT

Tumpat, 12 Ogos- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga akan mempertingkatkan kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam usaha memperhebatkan lagi kawalan perairan negara di Laut China Selatan.

Komandernya, ACP Azmi@ Azami Ibrahim berkata jalinan itu antaranya bagi mengelakkan insiden kehilangan kapal tangki berlaku di kawasan perairan berkenaan.

"Pihak kami memandang serius insiden itu. Kita perlu sentiasa waspada bagi memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Untuk itu, kita sentiasa bertukar-tukar pandangan dan maklumat dengan APMM dalam usaha mempertingkatkan lagi kawalan di perairan Laut China Selatan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Adilfitri di Pangkalan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Azmi berkata pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Polis Thailand dalam usaha memperkemaskan lagi kawalan di sempadan Malaysia-Thailand.

Katanya kerjasama itu meliputi aspek rondaan bersama dan bertukar-tukar maklumat berhubung aktiviti jenayah lintas sempadan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Majlis Pembangunan Parlimen Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail dan Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor ASP Mohd Nawi Yunus.- BERNAMA

ArticlePublished 12 Aug 2015 9.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM