Polis Marin Tawau Rampas Barangan Kawalan Bernilai Lebih Rm9
Tawau,
7 Mei - Pasukan Polis Marin Tawau berjaya merampas pelbagai jenis
barangan kawalan termasuk diesel dan beras bernilai RM9,909 dipercayai
cuba diseludup keluar dan masuk ke Tawau dalam tiga kes semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kes pertama pada pukul 11.11 pagi, sebanyak 1,500 liter diesel, 120 liter petrol dan 22 tong gas memasak dirampas daripada sebuah jongkong di perairan Kampung Sungai Pukul.
Barangan terbabit dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.
"Turut
ditahan bagi membantu siasatan ialah juragan bot rakyat tempatan
berusia 18 tahun dan seorang awak-awak berumur 42 tahun yang tidak
memiliki dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan, di sini hari
ini.
Menurut
Awang, polis juga merampas 1,550 kilogram beras hasil pemeriksaan ke
atas dua feri yang tiba dari Nunukan, Indonesia antara pukul 1.20 hingga
2 petang semalam di perairan Pelabuhan Tawau. Beras terbabit dipercayai
cuba diseludup masuk. -BERNAMA