Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tawau Rampas Barangan Kawalan Bernilai Lebih Rm9

Published: 17 Jun 2014 3.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah juragan bot rakyat tempatan berusia 18 tahun dan seorang awak-awak berumur 42 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri,' katanya dalam kenyataan, d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tawau-rampas-barangan-kawalan-bernilai-lebih-rm9
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:24 MYT

Tawau, 7 Mei - Pasukan Polis Marin Tawau berjaya merampas pelbagai jenis barangan kawalan termasuk diesel dan beras bernilai RM9,909 dipercayai cuba diseludup keluar dan masuk ke Tawau dalam tiga kes semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kes pertama pada pukul 11.11 pagi, sebanyak 1,500 liter diesel, 120 liter petrol dan 22 tong gas memasak dirampas daripada sebuah jongkong di perairan Kampung Sungai Pukul.

Barangan terbabit dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.


"Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah juragan bot rakyat tempatan berusia 18 tahun dan seorang awak-awak berumur 42 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Menurut Awang, polis juga merampas 1,550 kilogram beras hasil pemeriksaan ke atas dua feri yang tiba dari Nunukan, Indonesia antara pukul 1.20 hingga 2 petang semalam di perairan Pelabuhan Tawau. Beras terbabit dipercayai cuba diseludup masuk. -BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM