Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tahan Tiga Lelaki Langgar Arahan Perintah Berkurung Di Semporna

Published: 20 Nov 2015 3.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Semporna, 20 Nov- Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan tiga lelaki kerana melanggar arahan perintah berkurung di perairan Pulau Gaya dekat sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-tiga-lelaki-langgar-arahan-perintah-berkurung-di-semporna
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:35 MYT

Semporna, 20 Nov- Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan tiga lelaki kerana melanggar arahan perintah berkurung di perairan Pulau Gaya dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua mereka yang berumur antara 22 dan 38 tahun itu, ditahan dalam Op Taring di kawasan perairan berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi Khamis.

"Ketika operasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot di kawasan berkenaan dan apabila diperiksa terdapat tiga lelaki menaiki bot itu gagal mengemukakan dokumen permit pengecualian perintah berkurung.

Kesemua mereka kemudiannya ditahan kerana melanggar arahan perintah berkurung dan akan disiasat mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu pihaknya turut merampas satu unit enjin bot pam dan 13 tong minyak kosong.

Mohamad berkata kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.- BERNAMA

ArticlePublished 20 Nov 2015 3.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM