Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Tahan Empat Lelaki Langgar Arahan Perintah Berkurung Di Semporna

Diterbitkan: 19 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua mereka yang berumur antara 16 dan 27 tahun itu, ditahan dalam operasi di kawasan perairan berkenaan kira-kira pukul 11.43 malam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-empat-lelaki-langgar-arahan-perintah-berkurung-di-semporna
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:05 MYT

Semporna, 19 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan empat lelaki kerana melanggar arahan perintah berkurung di perairan Kapalai, dekat sini, Selasa lepas.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua mereka yang berumur antara 16 dan 27 tahun itu, ditahan dalam operasi di kawasan perairan berkenaan kira-kira pukul 11.43 malam.

"Ketika operasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot pam yang di kawasan berkenaan dan apabila diperiksa terdapat empat lelaki menaiki bot pam itu, gagal mengemukan dokumen pemit pengecualian perintah berkurung.

Kesemua mereka kemudiannya ditahan kerana melanggar arahan perintah
berkurung dan akan disiasat mengikut Seksyen 31 (2) Akta polis 1967," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu pihaknya turut merampas satu set peralatan untuk
menyelam dan dua unit enjin bot pam. Mohamad berkata kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.- BERNAMA


ArtikelDiterbitkan 19 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM