Article
Polis Marin Tahan Dua Bot Nelayan Tangkap Ikan Tanpa Lesen
Shah Alam, 17 Mei 2016 - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua bot nelayan tempatan berdekatan Perairan Sungai Lima, Pulau Ketam, Klang dekat sini, petang sema...
Shah Alam, 17 Mei 2016 - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua bot nelayan tempatan berdekatan Perairan Sungai Lima, Pulau Ketam, Klang dekat sini, petang semalam, kerana menangkap ikan tanpa lesen daripada pihak berkuasa.
Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang, DSP Ahmad Shafiki Hussin berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan oleh sepasukan anggotanya yang sedang melakukan rondaan Ops Pensura di kawasan perairan berkenaan.
Katanya, bot pertama ditahan kira-kira pukul 4.45 petang, manakala bot kedua ditahan kira-kira pukul 5.15 petang dan ketika ditahan, pengendali kedua-dua bot itu sedang menangkap ikan menggunakan pukat.
"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran selain pengendalinya gagal mengemukakan lesen menangkap ikan yang sah. Bot berkenaan kemudiannya dibawa ke jeti PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Shafiki berkata pengendali kedua-dua bot itu diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan.
Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu gagal mengemukakan lesen menangkap ikan semasa pemeriksaan.- BERNAMA