Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tahan 18 Pati Indonesia Menyusup Masuk Tawau

Published: 30 Jun 2018 7.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tawau, 30 Jun 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 18 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia menyusup masuk ke Tawau, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-18-pati-indonesia-menyusup-masuk-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT

Tawau, 30 Jun 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 18 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia menyusup masuk ke Tawau, malam tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata kesemua pati berusia antara dua hingga 27 tahun itu ditahan pukul 10.30 malam selepas bot laju dinaiki mereka terlanggar tiang rumah atas air di kampung tersebut.

"Semasa membuat pemantauan di kawasan Laut Batu 4 dengan menggunakan bot samaran ternampak bot mencurigakan bergerak dari arah Sungai Nyamuk, Indonesia menghala ke daerah Tawau.

"Semasa cuba ditahan, bot memecut laju dan memasuki perkampungan rumah atas air sebelum bot melanggar tiang rumah dan kesemua mereka melarikan diri dengan terjun ke laut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Nazri berkata hasil pemeriksaan terdapat tiga lelaki, lapan wanita serta lima kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan ditahan yang kesemuanya tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Kesemua pati di bawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

- BERNAMA

ArticlePublished 30 Jun 2018 7.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM