Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Makmal Dadah Lapan Dicekup Sekitar Lembah Klang

Diterbitkan: 24 Jul 2015 1.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Lapan lelaki termasuk lima warganegara Taiwan ditahan dalam lima operasi berasingan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Ampang Jaya, Selangor dan Dang Wangi, di sini, 12 Julai lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/makmal-dadah-lapan-dicekup-sekitar-lembah-klang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:45 MYT

Kuala Lumpur, 15 Julai – Lapan lelaki termasuk lima warganegara Taiwan ditahan dalam lima operasi berasingan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Ampang Jaya, Selangor dan Dang Wangi, di sini, 12 Julai lalu.

Pengarah JSJN, Bukit Aman, Dato' Sri Mohd Mokhtar Shariff dalam sidang medianya berkata, operasi tersebut sekaligus membongkar penemuan sebuah makmal memproses dadah dan beberapa stor penyimpanan dadah oleh sindiket berkenaan.

"Pihak polis menemui sebuah makmal memproses dadah jenis Erimin 5, dua buah stor untuk menyimpan dadah serta merampas beberapa peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah-dadah tersebut,"katanya.

Beliau turut menunjukkan kepada media hasil rampasan 206.5 kilogram Erimin 5 dan 1.8kg serbuk disyaki kokain bernilai RM20 juta serta pelbagai jenis wang negara asing disyaki kepunyaan suspek.

Kesemua suspek yang ditahan berusia di antara 26 sehingga 41 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Makmal Dadah Lapan Dicekup Sekitar Lembah Klang
Makmal Dadah Lapan Dicekup Sekitar Lembah Klang
Makmal Dadah Lapan Dicekup Sekitar Lembah Klang

ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2015 1.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM