Polis Marin Sabah Rampas Rokok Bernilai Rm2 5 Juta
Kota
Kinabalu, 4 Nov - Polis Marin Sabah merampas lebih 120,000 bungkus
rokok seludup bernilai RM2.5 juta selepas menyerbu sebuah rumah yang
dijadikan stor penyimpanan di Kampung Kitobu, Inanam, dua hari lalu.
Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata rampasan rokok jenis EKA Merah dan
Hijau itu merupakan rampasan terbesar pasukan berkenaan tahun ini.
"Dalam serbuan 4 pagi itu tidak ada sesiapa di premis berkenaan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurutnya
siasatan awal polis mendapati penyeludup mengumpul rokok-rokok yang
dibekalkan oleh beberapa individu di stor penyimpanan sebelum
mengedarkannya kepada pelanggan.
"Dipercayai bahawa rokok jenis ini (EKA) akan menggantikan rokok jenis ERA yang berada di pasaran ketika ini,"katanya.
Sumber : BERNAMA