Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Sabah Rampas Rokok Bernilai Rm2 5 Juta

Published: 18 Jun 2014 3.14 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Kota Kinabalu, 4 Nov - Polis Marin Sabah merampas lebih 120,000 bungkus rokok seludup bernilai RM2.5 juta selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan di Kampung Kitobu, Inanam, dua h..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-sabah-rampas-rokok-bernilai-rm2-5-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:15 MYT

Kota Kinabalu, 4 Nov - Polis Marin Sabah merampas lebih 120,000 bungkus rokok seludup bernilai RM2.5 juta selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan di Kampung Kitobu, Inanam, dua hari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata rampasan rokok jenis EKA Merah dan Hijau itu merupakan rampasan terbesar pasukan berkenaan tahun ini.

"Dalam serbuan 4 pagi itu tidak ada sesiapa di premis berkenaan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati penyeludup mengumpul rokok-rokok yang dibekalkan oleh beberapa individu di stor penyimpanan sebelum mengedarkannya kepada pelanggan.

"Dipercayai bahawa rokok jenis ini (EKA) akan menggantikan rokok jenis ERA yang berada di pasaran ketika ini,"katanya.
 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.14 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM