Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Sabah Rampas Kepingan Kulit Kima Bernilai Rm400 000

Published: 24 Apr 2014 3.06 AM Updated: 15 Aug 2026 7.51 PM
Pasukan Polis Marin merampas 20 tan kepingan kulit kima (sejenis kerang) bernilai kira-kira RM400,000 dan menahan sembilan nelayan warga Vietnam dalam Operasi Cantas Laut, Khamis lepas....
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-sabah-rampas-kepingan-kulit-kima-bernilai-rm400-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:56 MYT
Kota Kinabalu, 14 April - Pasukan Polis Marin merampas 20 tan kepingan kulit kima (sejenis kerang) bernilai kira-kira RM400,000 dan menahan sembilan nelayan warga Vietnam dalam Operasi Cantas Laut, Khamis lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata barangan itu dirampas dari sebuah bot tempatan yang diperiksa di kawasan perairan Pulau Mengalum pada kira-kira 10.30 pagi ketika sembilan nelayan di atasbot berkenaan menjalankan aktiviti memungut kulit kima.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot itu melakukan kerja-kerja pemungutan hasil laut tanpa permit atau lesen yang sah.

Berdasarkan lesen yang ditunjukkan, bot ini sebenarnya hanya (dibenar) menjalankan aktiviti penangkapan ikan jenis rawai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kepingan kulit kima itu dipercayai akan dibawa ke negara asal nelayan berkenaan untuk dijual dan dijadikan ubat-ubatan tradisional serta barangan kosmetik selain perhiasan.

Hamza juga berkata nelayan yang ditahan memiliki dokumen perjalanan dan memasuki negara ini secara sah kerana mereka menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan.

"Kima adalah spesies yang dilindungi, dan sebarang aktiviti memungut serta mengumpul kulitnya adalah satu kesalahan. Pasukan Polis Marin akan menguatkuasakan lagi undang-undang yang ada berkaitan hasil laut," katanya.

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 24 Apr 2014 3.06 AMUpdated 15 Aug 2026 7.51 PM