Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Rampas Mercun Rokok Seludup Di Johor

Published: 07 Jul 2015 8.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 7 Julai- Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang bernilai lebih dari RM5,000 dalam dua buah operasi berasingan di Bandar Penawar, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-mercun-rokok-seludup-di-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:18 MYT

Kota Tinggi, 7 Julai- Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang bernilai lebih dari RM5,000 dalam dua buah operasi berasingan di Bandar Penawar, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua mercun dan bunga api tersebut dipercayai diseludup masuk ke negara ini dengan menggunakan kenderaan darat untuk djual kepada pembeli di sekitar negeri Johor.

"Polis menahan pemandu kedua-dua kenderaan tersebut untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957," katanya.

Dalam kes lain, ACP Paul berkata pihaknya turut menumpaskan kegiatan menyeludup pelbagai jenis rokok putih dan keretek dengan tertangkapnya seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun di sebuah kedai runcit dalam Felda Waha, juga pada hari yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Polis Marin Rampas Mercun Rokok Seludup Di Johor
ArticlePublished 07 Jul 2015 8.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM