Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Rampas Mercun Rokok Dan Arak Bernilai Rm8 170

Published: 24 Jul 2015 1.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pantai Remis, 24 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh merampas pelbagai jenis barangan seludup, termasuk mercun, arak dan rokok yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM8,170 dalam satu serbuan di sebuah premis di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-mercun-rokok-dan-arak-bernilai-rm8-170
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:21 MYT

Pantai Remis, 24 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh merampas pelbagai jenis barangan seludup, termasuk mercun, arak dan rokok yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM8,170 dalam satu serbuan di sebuah premis di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohamad Yusof Abdullah berkata seorang lelaki warga tempatan turut ditahan dalam operasi tersebut.

“ Pemeriksaan lanjut ke atas premis menemui 326 kotak rokok pelbagai jenis, 286 botol arak pelbagai jenama dan 10 papan mercun yang dipercayai seludup,” katanya lagi.

Tahanan dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kampung Acheh serta kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barangan tanpa cukai Kastam dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Polis Marin Rampas Mercun Rokok Dan Arak Bernilai Rm8 170
ArticlePublished 24 Jul 2015 1.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM