Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Rampas Haiwan Eksotik Bernilai Rm1 5 Juta

Diterbitkan: 12 Apr 2016 6.51 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.30 PM
Pasir Puteh, 12 April 2016 - Pasukan Polis Marin (PPM) Kelantan menahan empat lelaki dan merampas sejumlah besar haiwan eksotik bernilai RM1.5 juta dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-haiwan-eksotik-bernilai-rm1-5-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:40 MYT
Pasir Puteh, 12 April 2016 - Pasukan Polis Marin (PPM) Kelantan menahan empat lelaki dan merampas sejumlah besar haiwan eksotik bernilai RM1.5 juta dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, malam tadi. 

Pegawai Operasinya Insp Hamdan Mustafa berkata antara haiwan eksotik yang dirampas itu termasuk kura-kura, labi-labi, musang dan babi hutan yang sudah disejuk beku dan yang masih hidup.

Menurutnya keempat-empat suspek berusia 20 hingga 45 tahun itu ditahan ketika sedang mengangkut haiwan eksotik itu dari beberapa kenderaan ke bot nelayan di Limbungan Sireh, Tok Bali, kira-kira pukul 9 malam tadi.

"Dua daripada suspek adalah rakyat negara jiran dan dua lagi rakyat tempatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini. 

Hamdan berkata haiwan eksotik itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. 

"Ini adalah kes pertama yang membabitkan rampasan haiwan eksotik tahun ini dan merupakan yang terbesar setakat ini hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

"Kita akan terus memantau aktiviti penyeludupan haiwan eksotik ke luar negara memandangkan ia mendapat permintaan tinggi dari negara jiran," katanya. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 12 Apr 2016 6.51 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.30 PM