Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Rampas 650 Karton Rokok Seludup

Published: 28 Sep 2017 7.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 26 September 2017 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas 650 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM61,100 dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di kawasan hutan berdekatan Loji Sultan Iskandar, dekat sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-650-karton-rokok-seludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:03 MYT

POLIS MARIN RAMPAS 650 KARTON ROKOK SELUDUP

Johor Bahru, 26 September 2017 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas 650 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM61,100 dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di kawasan hutan berdekatan Loji Sultan Iskandar, dekat sini, semalam.

Dalam Op Gelora Khas/Landai kira-kira 9 malam itu, pegawai dan anggota PPM Wilayah Dua Johor terlebih dulu mengesan Honda Stream bernombor pendaftaran Singapura itu yang kelihatan mencurigakan di kawasan Felda Cahaya Baru Masai, Johor Bahru.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, pihaknya mengikut kenderaan terbabit sebelum memintasnya di kawasan hutan berhampiran Loji Rawatan Air Sultan Iskandar, Johor Bahru.

"Dua suspek lelaki yang berada dalam kenderaan bagaimanapun melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran dengan meninggalkan kenderaan itu yang enjinnya masih hidup.

"Kedua-dua suspek gagal dikesan selepas lebih sejam usaha mencari dan mengesan dijalankan.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan menemui 13 kotak mengandungi 650 karton rokok jenama JM9 White yang ditutupi dengan kain hitam," katanya.

Menurutnya, semua rampasan termasuk kenderaan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua Johor untuk proses dokumentasi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(e) Akta Kastam 1967. - HARIAN METRO ONLINE

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/267071/rampas-650-karton-rokok-seludup#cxrecs_s
ArticlePublished 28 Sep 2017 7.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM