Tawau: Pasukan Polls Marin (PPM) Tawau merampas 400 botol minuman keras pelbagai jenama, dipercayai cuba diseludup keluar dari daerah ini untuk pasaran Indonesia.
Barangan itu dirampas menerusi Ops Paradise di perairan Sungai Tongkang, dekat sini, kira-kira jam 4.40 petang kelmarin selepas pasukan itu memeriksa feri penumpang, KM Malindo Ekspres 2 yang berlepas dari Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, pemeriksaan ke atas dokumen serta bagasi penumpang dan anak kapal menemui beberapa kotak mengandungi minuman keras pelbagai jenama disorok di ruangan kargo.
"Turut ditemui ialah 20 botol minyak masak, 34 paket minyak masak dan 200 kilogram gula disorokkan dalam bilik enjin feri.
"Tiada penumpang mengaku memiliki barangan itu, selain kapten feri gagal mengemukakan dokumen kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)," katanya di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian