Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Rampas 1 741 Kayu Bergergaji Dan Empat Lori Di Sadong Jaya

Diterbitkan: 21 Mar 2016 11.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.30 PM
Kuching, 21 Mac 2016 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas 1,741 keping kayu bergergaji dan empat buah lori bernilai kira-kira RM500,000 di Pangkalan Feri Sungai Buloh dekat Sadong Jaya kira-kira 90 kilometer dari Kuching hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-1-741-kayu-bergergaji-dan-empat-lori-di-sadong-jaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:26 MYT
Kuching, 21 Mac 2016 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas 1,741 keping kayu bergergaji dan empat buah lori bernilai kira-kira RM500,000 di Pangkalan Feri Sungai Buloh dekat Sadong Jaya kira-kira 90 kilometer dari Kuching hari ini. 

Komander PPM Wilayah Lima ACP N. Kalai Chelvan berkata selain kayu bergergaji dan lori, Op Landai yang diketuai ASP Wan Sazaly Jaafar disertai enam anggota itu turut menahan enam lelaki tempatan berusia antara 27 hingga 32 tahun kira-kira 8.10 pagi.

Beliau berkata bertindak hasil maklumat risikan, anggota PPM membuat serbuan di lokasi tersebut dan menahan empat lori serta enam rakyat tempatan yang sedang membawa muatan kayu bergergaji pelbagai saiz dan jenis yang disyaki diperoleh secara salah di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

"Ketika serbuan dan pemeriksaan dibuat, semua pemandu dan kelindan lori gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit pemilikan hasil hutan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kalai Chelvan berkata enam rakyat tempatan, kayu bergergaji dan lori yang dirampas itu diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Kuching untuk siasatan lanjut.

"Tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Ordinan Perhutanan Negeri Sarawak 2015. Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Asajaya," katanya.- BERNAMA 
ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2016 11.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.30 PM