Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Rampas 1 068 Botol Minuman Keras Di Tawau

Published: 14 Apr 2015 8.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
TAWAU, 14 April - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 1,068 botol minuman keras pelbagai jenama yang dipercayai cuba diseludup keluar dari daerah ini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-1-068-botol-minuman-keras-di-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:29 MYT

TAWAU, 14 April - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 1,068 botol minuman keras pelbagai jenama yang dipercayai cuba diseludup keluar dari daerah ini, semalam.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Supt Rosman Ismail dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata barangan itu dirampas semasa rondaan di perairan Sungai Tongkang dekat sini, kira-kira pukul 10.50 malam.

"Semasa operasi itu, pasukan peronda telah menahan sebuah bot yang dinaiki tiga lelaki tempatan berusia antara 18 dan 22 tahun. Apabila diperiksa terdapat 1,068 botol minuman keras pelbagai jenama disorok dalam bot berkenaan," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati minuman keras itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Kesemua barangan dan ketiga-tiga suspek itu telah dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut, katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 14 Apr 2015 8.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM