Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Pintas Bot Bawa 59 Pati

Published: 05 Jul 2015 10.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 5 Julai- Hasrat 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman terbantut apabila bot yang dinaiki mereka dipintas Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-pintas-bot-bawa-59-pati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:08 MYT

Shah Alam, 5 Julai- Hasrat 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman terbantut apabila bot yang dinaiki mereka dipintas Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah pasukan itu, Deputi Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata bot nelayan kelas A yang membawa mereka dikesan di perairan Kuala Bernam, Kuala Selangor dekat sini pada 1.30 pagi.

"Pemeriksaan ke atas bot itu menemui 59 pendatang asing Indonesia yang dipercayai dalam perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia untuk keluar dari negara ini secara haram," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 19 daripada mereka tidak mempunyai apa-apa dokumen sementara 40 yang lain telah tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan, kata Ahmad Shafiki.

Turut ditahan seorang tekong dan dua awak-awak yang juga warga Indonesia.

Ahmad Shafiki berkata bot berserta kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Markas PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen manakala tekong dan awak-awak bot berkenaan akan disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran.- BERNAMA

ArticlePublished 05 Jul 2015 10.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM