Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Pantau Keselamatan Pesisiran Pantai Johor Timur

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pengerang, 8 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menjalankan tugas Omnipresence di kawasan Perairan Johor Timur, hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-pantau-keselamatan-pesisiran-pantai-johor-timur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:53 MYT

Pengerang, 8 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menjalankan tugas Omnipresence di kawasan Perairan Johor Timur, hari ini.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, seramai 9 orang pegawai dan anggota Polis Marin telah ditugaskan untuk membuat pemeriksaan terhadap pemilik sangkar dan bot supaya mereka mematuhi sepenuhnya peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

"Sebanyak 12 sangkar, 22 bot dan 55 orang telah diperiksa dalam operasi yang berjalan selama 5 jam bermula 7.30 pagi tadi."

"Selain Omnipresence, pendekatan 'High Profile Policing' (HPP) dan 'Stop and Talk' juga diamalkan di Perkampungan Nelayan Pesisir Pantai sebagai untuk meningkatkan keyakinan pelabur-pelabur tempatan dan luar negara dan menjaga harta benda pemilik sangkar yang dianggarkan bernilai 3 hingga 12 juta," katanya lagi.

Polis Marin Pantau Keselamatan Pesisiran Pantai Johor Timur
Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM