Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Keluar Barangan Kawalan

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 10 Mac - Polis Marin Kudat menggagalkan cubaan menyeludup keluar barangan kawalan dengan nilai anggaran RM15,000 selepas menahan sebuah bot di perairan Tanjung Muniangit, Pulau Banggi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-gagalkan-cubaan-seludup-keluar-barangan-kawalan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:29 MYT

Kota Kinabalu, 10 Mac - Polis Marin Kudat menggagalkan cubaan menyeludup keluar barangan kawalan dengan nilai anggaran RM15,000 selepas menahan sebuah bot di perairan Tanjung Muniangit, Pulau Banggi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Daerah ASP Safardi Abd Samad berkata bot itu yang dinaiki dua lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditahan pukul 12.15 tengah malam semalam dalam Op Cantas.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bot tidak bernombor itu membawa 20 jerikin 25 liter berisi minyak petrol dan 1 jerikin 25 liter minyak diesel.

"Turut dirampas 24 bungkus gula pasir, 30 bungkus tepung cap Rama-Rama dan 20 bungkus tepung cap Murai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM