Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup 600 Batang Kayu Nibong Ke Tawau

Diterbitkan: 04 Jan 2016 11.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 4 Jan- Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup 600 batang kayu nibong ke daerah ini serta menahan tiga lelaki dipercayai juragan dan dua warga Indonesia, Sabtu lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-gagalkan-cubaan-seludup-600-batang-kayu-nibong-ke-tawau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:42 MYT

Tawau, 4 Jan- Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup 600 batang kayu nibong ke daerah ini serta menahan tiga lelaki dipercayai juragan dan dua warga Indonesia, Sabtu lepas.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata dalam kejadian 8.30 pagi itu, anggota PPM terserempak dengan dua bot nelayan dan sebuah bot jongkong sedang menunda kayu berkenaan yang dijadikan rakit.

“Kerana keadaan agak mencurigakan. Anggota PPM menjalankan pemeriksaan dan mendapati juragan bot nelayan gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran Jabatan Perhutanan Sabah untuk membawa 600 batang kayu nibong itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ekoran kegagalan menunjukkan dokumen atau permit kebenaran itu, Mohamad berkata anggota PPM merampas kesemua kayu nibong yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran menggunakan bot nelayan dan jongkong.

Tiga juragan berumur lingkungan 18 hingga 57 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Jabatan Perhutanan, katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 04 Jan 2016 11.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM