Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Catat Rekod Konvoi Jetski Paling Panjang

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pulau Besar, 24 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya melakar sejarah apabila mencatat rekod Konvoi Jetski Paling Panjang dalam The Malaysia Book Of Record semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-catat-rekod-konvoi-jetski-paling-panjang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:45 MYT

Pulau Besar, 24 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya melakar sejarah apabila mencatat rekod Konvoi Jetski Paling Panjang dalam The Malaysia Book Of Record semalam.

Perjalanan yang mengambil jarak sejauh 183.40 kilometer dari Jeti Tanjung Leman ke Pulau Besar, Johor itu dianjurkan oleh RCT- Megarata Jetski Team dengan kerjasama Persatuan Jetski Tanjung Puteri dan disertai beberapa agensi lain untuk Program Kembara Amal Jetski Johor 2014.

Seramai 150 peserta menyertai konvoi tersebut dengan menggunakan 70 buah jetski dan sebuah bot laju milik PPM.

Walaupun keadaan laut bergelora dan mengalami beberapa kerosakan pada jetski, ia tidak mematahkan semangat peserta untuk meneruskan perjalankan malah kecekapan serta pengalaman yang ada pada mereka, ekspedisi merentasi pulau ke pulau berjaya diharungi dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Selain daripada ekspedisi yang dianjurkan, beberapa program telah diatur di Pulau Besar antaranya penyampaian alat bantuan persekolahan kepada anak-anak yatim, sumbangan kepada warga emas dan mrmbersihkan masjid serta pantai pulau tersebut.

Polis Marin Catat Rekod Konvoi Jetski Paling Panjang
Sumber : Pasukan Polis Marin Johor

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM