Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Lupus 783 Kilogram Dadah Bernilai Rm157 5 Juta

Diterbitkan: 10 Dec 2015 12.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Port Disckson, 10 Dis- Sebanyak 783.9 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM157.5 juta yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang pada tahun 2009, dilupuskan di tapak pelupusan sisa toksik Pusat Kualiti Alam (Kualiti Alam Sdn Bhd) di Bukit Nenas dekat sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lupus-783-kilogram-dadah-bernilai-rm157-5-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:40 MYT

Port Disckson, 10 Dis- Sebanyak 783.9 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM157.5 juta yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang pada tahun 2009, dilupuskan di tapak pelupusan sisa toksik Pusat Kualiti Alam (Kualiti Alam Sdn Bhd) di Bukit Nenas dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang Dato' Jamaludin Kudin berkata dadah yang dilupuskan itu melibatkan satukes rampasan dadah terbesar di negeri itu pada tahun 2009.

"Pelupusan barang kes ini adalah melibatkan dadah yang dirampas yang mana kes mahkamah telah selesai perbicaraan.

"Ini juga bertujuan untuk mengelakkan tempat penyimpanan menjadi tidak tersusun dan menyukarkan pergerakan keluar masuk barang kes bagi tujuan perbicaraan," katanya dalam sidang akhbar selepas pelupusan dadah itu hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan Supt Ayub Salim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kualiti Alam Khalid Bahsoon.

Dalam perkembangan lain, Jamaludin berkata bagi 11 bulan pertama tahun ini, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM22.7 juta.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 Dec 2015 12.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM