Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Lumpuhkan Sindiket Curi Kargo Rm2 Juta

Published: 30 Oct 2015 1.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam: Polis melumpuhkan satu kumpulan penjenayah yang dipercayai melarikan kargo barang makanan bernilai RM2 juta sejak setahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lumpuhkan-sindiket-curi-kargo-rm2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:39 MYT


Shah Alam: Polis melumpuhkan satu kumpulan penjenayah yang dipercayai melarikan kargo barang makanan bernilai RM2 juta sejak setahun lalu.

Kejayaan itu adalah susulan penahanan 12 individu di sekitar Selangor sejak Ahad lalu hingga semalam.

''Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib, berkata kumpulan lelaki tempatan berusia 18 hingga 46 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Klang, 25 Oktober lalu.

"Operasi bermula pada 1 Oktober lalu manakala tangkapan dilakukan pada 25 Oktober menerusi penahanan 12 lelaki berusia antara 18 hingga 46 tahun.

"Kita turut merampas semula barangan makanan seberat lapan tan dianggar bernilai RM140,000.

"Penahanan dilakukan di bebe-rapa tempat termasuk Pelabuhan Klang, Pandamaran dan Cheras. Turut dirampas adalah wang tunai RM58,000 dan beberapa peralatan termasuk telefon pintar serta dua buah lori," katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Sumber: Berita Harian

Polis Lumpuhkan Sindiket Curi Kargo Rm2 Juta
ArticlePublished 30 Oct 2015 1.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM