Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Lumpuhkan Rangkaian Pengedaran Dadah Melalui Wechat

Published: 08 Dec 2017 7.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kajang, 8 Dis 2017 - Polis berjaya melumpuhkan rangkaian pengedaran dadah yang menjadikan aplikasi Wechat sebagai medium untuk mencari pelanggan dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor sejak 2 Dis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lumpuhkan-rangkaian-pengedaran-dadah-melalui-wechat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:21 MYT


Kajang, 8 Dis 2017 - Polis berjaya melumpuhkan rangkaian pengedaran dadah yang menjadikan aplikasi Wechat sebagai medium untuk mencari pelanggan dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor sejak 2 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata 12 warga tempatan termasuk empat penuntut kursus kejuruteraan dari institut pengajian tinggi swasta (IPTS) terkemuka di daerah itu ditahan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.

"Pemeriksaan ujian air kencing ke atas kesemua suspek termasuk seorang wanita yang berusia antara 20 dan 26 tahun itu mendapati mereka positif dadah.

"Kesemua suspek dipercayai beberapa kali melakukan aktiviti mengedar ganja sejak setahun lepas di kawasan Semenyih dan Kajang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata polis merampas 4.8 kilogram ganja bernilai RM12,000 hasil serbuan di sekitar Kajang, Semenyih dan Sepang.
​​​​​​​
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Katanya siasatan awal mendapati dadah itu dijual dengan harga antara RM50 hingga RM100 sepaket manakala sumber bekalan dipercayai diperoleh dari utara tanah air daripada seorang lelaki tempatan.

Beliau berkata selain mempromosi penjualan menerusi Wechat, kumpulan itu dipercayai turut menyasarkan pelajar sebagai pelanggan susulan penahanan penuntut IPTS termasuk sepasang kekasih.

"Polis sedang mengenal pasti pembekal ganja kepada kumpulan ini," katanya.- BERNAMA

 
 
ArticlePublished 08 Dec 2017 7.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM